Tuesday 3 May 2011

~KAWAN~

kawan.... 
banggakah kamu dengan jet peribadi
sedangkan masih ada orang yang mencari
harta buang sekarung guni...


kawan...
riakkah kamu dengan ujian Allah
tatkala ada insan yang masih gah menoreh getah
lantaran menampung hidup buat sejengkal dua....


kawan...
sombongkah kamu dengan kejayaan
kerna masih ada tulang empat kerat yang meronta
diminta dibasmi kemiskinannya


kawan...
mana peribadi mulia mu
usah kau takut dan usah kau malu
tunjukkan nilai murni mu
atas nama kalimah Allah dan Rasullah
kerna masih ramai lagi yang bermandi perigi
bercahaya pelita, berdapur kayu api....


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada
waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang
berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut
diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin
Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka
Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari
kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki
neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan
memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah
seperti berikut:-
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar sepertiunung dan dipenuhi dengan ular dan
kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan
mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka
yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas
penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau
perbuatan jahat.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah
dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu
menyaksikan kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang
berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini
balasan mereka yang memakan harta anak yatim
secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan
kedua ibu bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya
keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang
beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu
dan mati dalam keadaan bertaubat." 

    

~HIDUP~

Perjuangan abadi
Oleh semua yang bernafas
Yang merasai akan agungnya
Karya ciptaannya


Hidup
Menempuh pelbagai cabaran
Semata untuk mempastikan
Kita pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Ertinya yang sebenar..


Hidup pelbagai
Definisi diberikan
Kepalsuan, kesusahan,
Kerakusan
Dan kebahagiaan
Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali..


Hidup
Akhirmu bukan dikubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan ditentukannya... 


                    

Friday 22 April 2011

~Pertemuan semalam, hari ini dan esok~


Pertemuan semalam
manisnya bagai madu yang diteguk
segalanya indah
membalut hati resah untuk tenang 
lupa pada kisah silam
yang pilunya bukan kepalang

Pertemuan hari ini
terasa madunya kian susut
entah ...
tertahankan ia pada hukum alam
menghakis sirna yang mendatang
kekal pada azali kejadian

Pertemuan hari esok
makin sukar untuk aku meramalkan
mungkin kemanisan itu akan hilang terus 
tapi aku pasti 
madu itu pasti akan kembali terisi 
andai pertemuan dulu 
diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.

Kau datang lagi.. 
Kala aku sendiri 
kau datang lagi 
menghamparkan duri-duri 
menikam batin ini
dengan ganasnya
tiada rasa simpati

Aku tahu
kau telah berjanji
akan mengheretku bersamamu
selagi aku bernyawa
dan terus berjuang
menuju jalan yang telah disuratkan

Kau tak pernah puas
dengki dengan kejayaanku
benci dengan perlakuanku
malah kau campakan aku
agar aku terjatuh seperti dirimu

Usahlah dikau berselindung
aku tahu siapa engkau
dan siapa aku

Insan.............
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya...............

Sukar.........
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.

Seandainya
diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia
juga adanya suara yang kuat bergema
akan kulontarkan satu kata
biar ia berserakkan di mana-mana
biar ia tertusuk di sanubari
remaja, dewasa, lelaki, wanita...
bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya
dunia ini sudah terlalu tua
dunia ini hanya menunggu masa
untuk binasa
hapuskanlah persengketaan
koyakkan segala kekejaman
lunturkan segala maksiat
segala kejahatan
bersihkan diri dengan air suci
agar ia tidak hitam lagi
seandainya itu yang bisa kulakukan
alangkah damainya diri ini
lantaran hati tidak tertanggung lagi
kesedihan, keperitan
melihat segala titik hitam
yang semakin membesar... terlalu besar
takutnya... jika kita dilaknati
takutnya... jika kita tidak dirahmati
takutnya... jika kita enggan diberkati
aduhai semua
cukuplah membalut diri dengan dosa
kita di akhir zaman kini
pantaskan kaki mencari sinar abadi
untuk kebahagiaan yang menanti
                             di syurgawi...